YaPEIM Smart Venture Sdn. Bhd. (YSV) merupakan salah satu institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). YSV telah ditubuhkan pada Mac 2011 berperanan sebagai gerbang perniagaan dan pusat setempat untuk produk Ar Rahnu YaPEIM Premier. Selain itu, YSV juga berfungsi sebagai perunding bagi koperasi-koperasi di Malaysia yang berminat dengan perniagaan Ar Rahnu.
“Untuk menjadi peneraju global sebagai Pusat Setempat produk Ar Rahnu.”
Menyediakan perkhidmatan bersepadu yang komprehensif untuk Institusi Islam dengan tenaga kerja yang berpengalaman melalui kepakaran dan rakan strategik.
Untuk memperluaskan peluang perniagaan melalui perkongsian pintar dan untuk mencapai pasaran Ar-Rahnu yang lebih besar.
Untuk sentiasa membangun dan menambahbaik urusniaga yang berpandukan prinsip-prinsip syariah yang diterima secara menyeluruh dan menghasilkan pelbagai piawaian global dengan menggunakan teknologi tercanggih.
Nilai-nilai utama yang dihayati dalam budaya korporat YaPEIM Smart Venture adalah seperti berikut:
Semua urusniaga adalah berasaskan pada kejujuran, integriti dan saling menghormati.
Komited untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang tertinggi kepada pelanggan untuk membantu mereka berjaya dan mencapai kejayaan di dalam dunia pemasaran.
Sejajar dengan dasar yang telus dan sasaran yang boleh dicapai.
Kami bertekad untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan tepat dan mengikut jadual.
Menyediakan jenis perkhidmatan yang bermakna untuk semua masyarakat.
YaPEIM Smart Venture Sdn. Bhd. (YSV) merupakan salah satu institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). YSV telah ditubuhkan pada Mac 2011 berperanan sebagai gerbang perniagaan dan pusat setempat untuk produk Ar Rahnu YaPEIM Premier. Selain itu, YSV juga berfungsi sebagai perunding bagi koperasi-koperasi di Malaysia yang berminat dengan perniagaan Ar Rahnu
YaPEIM Smart Venture Sdn Bhd
46E-3, Mentari Business Park,
Jalan PJS 8/2, Dataran Mentari,
46150 Petaling Jaya, Selangor
© Copyright 2024 Ar Rahnu YaPEIM Premier Develope By rekaweb