Merujuk kepada skim pajak gadai yang menjalankan transaksi/urusniaga gadaian berlandaskan konsep syariah (pelaksanaan secara Islam).
Merujuk kepada urusniaga muamalah (perbuatan) melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama pembelian aset antara pembeli dan penjual. Manakala pada peringkat kedua, pihak pembeli akan menjual aset kepada pihak ketiga. Penglibatan tiga (3) pihak yang tiada kaitan antara satu sama lain.
Merujuk kepada suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang (pembiayaan) bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan.
Merujuk kepada kontrak sewaan bagi perkhidmatan atau upah simpan.
Merujuk kepada jual beli aset yang tidak melibatkan pendedahan kos pembelian dan keuntungan kepada pembeli.
Kontrak Syariah di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) memberi kebenaran kepada pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang diwakilkan, dengan atau tanpa sebarang yuran.
Mahu mengembangkan perniagaan koperasi anda? Kini tiba masanya untuk mengambil peluang emas dengan menyertai kami dalam francais Ar Rahnu YaPEIM Premier. Menawarkan perkhidmatan gadaian emas yang dipercayai dan patuh syariah, kami memberi sokongan penuh kepada koperasi-koperasi di seluruh Malaysia untuk berkembang pesat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti. Klik untuk lebih lanjut
YaPEIM Smart Venture Sdn. Bhd. (YSV) merupakan salah satu institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). YSV telah ditubuhkan pada Mac 2011 berperanan sebagai gerbang perniagaan dan pusat setempat untuk produk Ar Rahnu YaPEIM Premier. Selain itu, YSV juga berfungsi sebagai perunding bagi koperasi-koperasi di Malaysia yang berminat dengan perniagaan Ar Rahnu
YaPEIM Smart Venture Sdn Bhd
46E-3, Mentari Business Park,
Jalan PJS 8/2, Dataran Mentari,
46150 Petaling Jaya, Selangor
© Copyright 2024 Ar Rahnu YaPEIM Premier Develope By rekaweb