Perkhidmatan

Francais Ar Rahnu

Kami menawarkan penggunaan jenama Ar Rahnu YAPEIM Premier serta menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan yang bernilai untuk persediaan perniagaan baru francais Ar-Rahnu.

Kami Menyediakan khidmat nasihat dalam perlindungan takaful dan pengendalian pengurusan risiko.

Kami juga menyediakan khidmat latihan pengoperasian dan sistem francais Ar-Rahnu.

Perundingan Ar Rahnu Francais

Memberi khidmat perundingan berkenaan tatacara pembukaan dan pengoperasian Ar Rahnu.

Kami Menyediakan khidmat untuk urusniaga Ar Rahnu dan akreditasi piawaian kualiti.

Memberi peluang untuk melabur di Ar Rahnu YaPEIM Premier sebagai francaisi.

Latihan

Kami menyediakan kursus-kursus profesional, latihan dalaman dan luaran program Ar Rahnu untuk pengurusan kanan dan pertengahan serta kakitangan.

Kami menyediakan kursus/latihan bersifat soft skill (dalaman & luaran) serta kursus berkenaan Ar Rahnu (Kursus Wajib, Sijil Profesional & Modul Latihan Ar Rahnu).

Kami melaksanakan dan menguruskan segala penganjuran kursus/Latihan secara fizikal mahupun atas talian.